Kalo kita berdoa, tentu kita ingin doa kita dikabulkan. Nah, ada waktu-waktu istimewa doa kita mustajab atau tidak tertolaknya doa kita. Walopun aku gugling, tapi insya Allah bener:
1. Ketika sepertiga malam
Sabda Nabi Muhammad SAW : “ Allah s.w.t turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Kumakbulkan , ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan , ada sesiapa yang beristighfar me
mohon keampunan untuk Kuampunkan?” ( HR Bukhari dan Muslim )
2. Waktu antara azan dan iqamah
Sabda Nabi Muhammad SAW: “ Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” ( HR Al-Tirmizi)
3. Ketika sujud dalam sholat
Sabda Nabi Muhammad SAW: “ Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa .” ( HR Muslim )
4. Setelah selesai sholat fardhu (jangan lupa doa dulu baru lipat rukuh/sajadah)
Sabda Nabi Muhammad SAW: “ Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu .” (HR Al-Tirmizi)
5. Ketika berpuasa dan ketika berbuka puasa
Sabda Nabi Muhammad: “ Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah , doa ibu bapa terhadap anak , doa orang yang berpuasa dan doa orang bermusafir .” (HR Al-Baihaqi)
Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash Radhiyallahu ‘anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da’watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)
6. Malam Lailatul Qadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w “ Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )
7. Waktu menerima ujian
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Naml ayat 62: “ Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya , dan yang menghapuskan kesusahan , serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu ) mendiami dan menguasai bumi ? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah ? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu ).”
8. Ketika saat hujan
Dari Sahl bin a’ad Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114).
Insya Allah doa kita terkabul ketika waktu-waktu itu, tapi tetap berusaha. Doa tanpa usaha sama saja bohong :P usaha tanpa doa pun sia-sia. Jangan pernah putus asa, tapi tawakallah !!
0 komentar:
Posting Komentar